TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SEMESTER 2 - Analisis Kesalahan Bahasa : STPM - MPM


STPM Sistem Lama


2012: D8
Sejarah negara kita bermula di kawasan lembah sungai. Kita harus mengakui akan hakikat ini. Sebenarnya, sungai ialah suatu warisan negara yang tiada mempunyai galang gantinya. Dengan kekayaan sumber yang terdapat di dalamnya, sungai sememangnya khazanah negara yang paling bernilai. Oleh itu, sebarang kegiatan yang berhubung dengannya haruslah dikawal dan dirancang sebaik mungkin. Perkara ini penting bukan sahaja untuk keperluan pada masa ini, malah untuk keperluan pada masa hadapan. Sungai wajar menjadi tempat untuk berekreasi, bersantai, beristirehat. Di sesetengah sungai pula, sesuai sekali digunakan sebagai tempat memancing. Kita harus bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.


2011: D8
Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum, kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini memberikan manfaat kepada palajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.


2010: D8
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tentang usaha untuk meningkatkan bilangan ahli-ahli persatuan tersebut. Selain melancarkan kempen kesedaran, pameran tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara tidak lama lagi. Pada masa yang sama, mereka bersetuju membaik pulih kawasan tanah perkuburan, termasuk sebuah bangunan peninggalan penjajah yang terletak di daerah itu. Pengabaian kawasan itu mungkin disebabkan saiznya yang kecil. Sebenarnya, bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya. Generasi terdahulu tetap mengingati yang bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka. Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat kemerdekaan. Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pakej percutian. Dengan usaha yang demikian, Persatuan Sejarah dilihat lebih "mesra orang ramai" dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.

2009:D8
Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu. Pengeluar mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol, upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan. Oleh kerana itu, harga sekilogram minyak masak peket terpaksa dinaikkan kepada RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50 yang ditetapkan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, kerajaan harus melipatgandakan usaha-usaha yang praktikal dan berkesan untuk menangani masalah ini.
2006:D8

Kerajaan kini berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak agar menghormati kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Di sekolah pula, guru seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik utnuk melahirkan pelajar yang tidak bersikap anti-sosial. Sikap pelajar yang mementingkan diri sendiri tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Manakala masalah kemerosotan disiplin pelajar perlu ditangani secara bijaksana. Walau bagaimanapun, permasalah tersebut dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa dan masyarakat  memainkan peranan mereka. Selain itu, punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh rakan sebaya. Kedua faktor tersebut perlu dipandang serius oleh semua pihak untuk memastikan bahawa hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berbudi bahasa akan menjadi kenyataan.


2004: D8

Setiap orang pekerja Syarikat Y begitu gembira setelah mendapat ganjaran daripada pihak majikan. Bagi kakitangan yang belum menerimanya diminta menghubungi pihak pengurusan syarikat pada bila-bila masa. Ganjaran itu diberikan sebagai tanda penghargaan pihak majikan kepada kakitangan syarikat yang telah bersama-sama memajukan syarikat tersebut. Walaupun begitu, terdapat pihak tertentu yang mengatakan tindakan pihak pengurusan syarikat berkenaan adalah umpama ada udang di sebalik batu. Beberapa orang kakitangan pula menyatakan yang pemberian itu tidak perlu dijadikan isu. Golongan ini ternyata gembira dengan ganjaran tersebut dan melahirkan rasa kesyukuran kerana kesenangan yang mereka nikmati. Mereka juga berikrar untuk memajukan syarikat itu di samping menggembleng tenaga untuk memperindahkan kawasan syarikat supaya kelihatan ceria. Kini, kakitangan syarikat berkenaan sedang membuat persiapan terakhir untuk menjayakan pamiran barangan syarikat yang akan diadakan tidak lama lagi. Syarikat Y juga akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-12 pada akhir tahun ini.




2003: D8

Pengangguran bukanlah masalah utama di negara ini seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebenarnya, isu yang mereka timbulkan itu berpunca daripada sikap sebahagian besar anak-anak yang terlalu memilih pekerjaan. Golongan ini mengharapkan kepada pihak kerajaan menyediakan pekerjaan kepada mereka dengan alasan bahawa mereka memiliki kelulusan. Jika demikian, mungkinkah pihak kerajaan dapat berbuat demikian kepada setiap orang belia di negara ini?


2002: D8

Universiti Panca Persada (UPP) adalah universiti berkembar yang terletak antara bandaraya pintar Cyberjaya dengan Seremban. Kini, UPP mempunyai lebih kurang 11 000 pelajar di kedua buah kampus, yang dilengkapi dengan infrastruktur teknologi maklumat yang bertaraf dunia. Pelajar dan kakitangannya menikmati aplikasi-aplikasi teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati, antaranya penggunaan kad pintar, pentadbiran tanpa kertas, sistem pembelajaran multimedia, perpustakaan digital, dan sebagainya. Universiti ini telah mengadakan kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional. Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran. Sesungguhnya UPP akan terus meneroka, menyelidik dan menawarkan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada pelajar.


2001: D8

Sejak sedekad yang lalu, banyak lebuh raya telah dibina, di antaranya lebuh raya yang menghubungkan utara dengan selatan, dan yang menghubungkan timur dengan barat di Semenanjung. Pembinaannya telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat korporat dengan menelan berbillion ringgit. Pembinaan prasarana itu juga memanfaatkan pengguna kerana dapat menghubungi antara satu tempat dengan tempat yang lain dengan cepat.



1 ulasan:

Khairul berkata...

salam cikgu, adakah cikgu ada skema jawapannya?

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.