TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

ORANG MELAYU TIDAK BANGGA AKAN BAHASA SENDIRI?

PENSYARAH Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa sedihnya kerana orang Melayu tidak berbangga mendapat pelbagai keistimewaan, termasuk tentang bahasa Melayu yang diberi status tinggi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Beliau yang berketurunan Cina sangat hairan akan sikap segelintir orang Melayu yang tidak bersetuju apabila kerajaan mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke dalam bahasa Melayu, sebaliknya mahu pengajaran dalam bahasa Inggeris diteruskan. Hal ini, menurutnya, bertentangan dengan sikap kebanyakan orang Cina yang sejak awal ura-ura pengenalan PPSMI hinggalah dasar itu dimansuhkan, tetap mahukan pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dijalankan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee berkata demikian dalam Ceramah Perdana yang bertajuk, "Nasib Melayu di Bumi Melayu" di Arena Square, Dungun pada hari Khamis, 26 Januari 2012 lepas. Tajuk itu sebenarnya ialah judul bukunya yang diterbitkan dua tahun lepas.

Menurutnya lagi, walaupun beliau berketurunan Cina, beliau gembira menjadi Melayu mengikut tafsiran Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa orang Melayu ialah "orang yang memeluk agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu". Beliau yang beragama Islam mendapat pelbagai cemuhan kerana selalu memihak kepada orang Melayu.


Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.