ANTARA kesilapan yang tidak disedari oleh kebanyakan pengguna bahasa Melayu ialah penggunaan imbuhan apitan memper-...-kan bagi kata adjektif. Hal ini menyebabkan terjadinya bentuk lewah (berlebih-lebih) yang tidak dikehendaki dalam bahasa Melayu.
Contohnya:
* memperluaskan
* memperelokkan
* memperkecilkan
Imbuhan yang sesuai ialah awalan memper-. Oleh itu, bentuk terbitan yang betul ialah yang berikut:
- memperluas
- memperelok
- memperkecil
.
Demikian juga, sekiranya kata adjektif itu hendak dijadikan bentuk pasif, imbuhan yang digunakan ialah awalan, iaitu diper- sahaja, bukan diper-...-kan.
.
- diperluas
- diperelok
- diperkecil
Apitan memper-...-kan dan memper-...-i lazimnya boleh digunakan untuk kebanyakan kata nama dan kata kerja sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan