KATA bilangan yang menandakan jumlah "banyak", antaranya semua, segala, pelbagai, para, dan beberapa tidak perlu lagi diikuti oleh kata ganda atau kata ulangan yang membawa makna "banyak". Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan sedemikian menyebabkan berlakunya keadaan lewah (berlebih-lebih). Keadaan ini, seperti contoh yang berikut, tidak diterima dalam bahasa Melayu.
- *semua pelajar-pelajar
- *segala kemungkinan-kemungkinan
- *pelbagai acara-acara
- *para pemenang-pemenang
- *beberapa keadaan-keadaan
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat dua cara penggunaan yang gramatis atau mengikut peraturan tatabahasa.
.
Pertama, dengan menghilangkan bentuk gandaan, seperti yang berikut.
- semua pelajar
- segala kemungkinan
- pelbagai acara
- para pemenang
- beberapa keadaan
Kedua, dengan meniadakan kata bilangan dan mengekalkan gandaan, menjadi bentuk yang berikut.
- pelajar-pelajar
- kemungkinan-kemungkinan
- acara-acara
- pemenang-pemenang
- keadaan-keadaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan