TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SALASILAH BAHASA MELAYU

SARJANA yang mengkaji asal usul bahasa Melayu berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah kelompok bahasa induk yang paling tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5,000 tahun.
.
Filum Austris ini menurunkan rumpun bahasa Austronesia, Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu adalah daripada keturunan bahasa Austronesia. Bahasa dalam kelompok rumpun dianggarkan dalam usia 2,500 hingga 5,000 tahun. Austronesia bermaksud “bahasa di kepulauan selatan” dan pernah dikenali sebagai Melayu-Polinesia.


Rumpun Austronesia ini menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan Melanesia. Bahasa Melayu turunan daripada bahasa Nusantara. Bahasa ini mempunyai keluarga bahasa yang terbesar, terdiri daripada 200 hingga 3000 bahasa. Kawasannya juga luas, meliputi Formosa di utara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan, dan Madagaskar di barat.
Keluarga Nusantara kemudiannya menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.


Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya bahasa Melayu, selain bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.


Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu kuno berkembang pada penghujung abad ketujuh hingga abad ke-13, manakala bahasa Melayu klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke Nusantara, hingga abad ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada zaman penguasaan Barat di Asia Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.


- SuhaimiMohdSalleh

7 ulasan:

sadullah berkata...

saya amat berminat dengan pelbagai maklumat tentang melayu.......... HIDUP MELAYU.......

durian berkata...

saya berbangga terhadap blog ini yang mengenengahkan bahasa melayu di peringkat alam maya yang tiada batas..........diminta kepada semua sarjana bahasa melayu berjuang habis-habisan memartabatkan bahasa bangsa yang gah suatu ketika dahulu.........

sarjana melayu berkata...

syukur ke hadrat ilahi saya masih diberikan nafas untuk terus berjuang mengangkat martabat bahasa melayu yang begitu gah suatu ketika dahulu......... saya menyeru semua bangsa melayu agar terus menjaga ketinggian martabat bahasa melayu agar terus menjadi bahasa pertuturan yang paling masyhur di abad ini...... hidup melayu

Tanpa Nama berkata...

terima kasih krn menyediakn blog berguna sperti ini..byk maklumat yg diperoleh

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak. Saya akan manffatkan nota ini dengan sebaik mungkin.

Unknown berkata...

Saya terkesima bila membaca

Tanpa Nama berkata...

ada nampak selipar aku tak?

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.