BAHASA Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir abad ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.
Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh dan abad kesembilan.
Batu bersurat penting yang mengandungi perkataan bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat Kedukan Bukit (bertarikh 683 Masihi, ditemukan di Palembang), batu bersurat Talang Tuwo (bertarikh 683 Masihi, ditemukan dekat Palembang), batu bersurat Kota Kapur (bertarikh 686 Masihi, ditemukan di Pulau Bangka), dan batu bersurat Karang Brahi (bertarikh 692 Masihi, ditemukan di Jambi). Satu lagi batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Gandasuli (bertarikh 832 Masihi, ditemukan di Jawa Tengah).

Ciri
Ciri utama bahasa Melayu kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara.
1. Bentuk huruf/aksara
a. Huruf Palava (dari selatan India) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera.
b. Huruf Nagiri (dari utara India) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah.
2. Fonem
a. Penggunaan huruf w sebagai b.
- wulan (bulan)
- wuat (buat)
- wuluh (buluh).
b. Huruf e pepet pula tidak digunakan langsung, atau digantikan dengan huruf a.
- dengan ditulis dngan sahaja atau dangan
- telaga ditulis tlaga sahaja atau talaga.
c. Huruf n digunakan sebagai ny.
- sawanakna (sebanyaknya)
- niyur (nyiur)
d. Terdapat gugusan konsonan yang dilafazkan secara aspirasi atau bersifat hembusan.
- bh - bhakti (bakti)
- th - tathapi (tetapi)
- kh - sukhacita (sukacita)
- dh - dhawa
e. Huruf h tertentu yang dihilangkan dalam bahasa Melayu moden.
- tuha (tua)
- hanau (enau)
- haur (aur)
- guha (gua).
3. Morfem
Bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan penggunaan imbuhan tertentu seperti yang berikut:
a. Awalan mar sebagai ber-.
a. Awalan mar sebagai ber-.
- marlapas (berlepas)
- marwuat (berbuat)
b. Awalan ni digunakan untuk di-.
- nitanam (ditanam)
- niminumna (diminumnya)
- nisuruh (disuruh).
c. Bentuk nipar digunakan sebagai diper-.
- niparwuat (diperbuat)
d. Awalan ma berfungsi sebagai mem-.
- mawawa (membawa)
- mawangun (membangun)
e. Awalan mang digunakan untuk me-.
- manghidupi (menghidupi)
f. Apitan par-an digunakan untuk per-...-an.
- parsumpahan (persumpahan)
Tulisan pada batu-batu bersurat tersebut diukir dengan perintah raja kerana catatannya tentang pembinaan negeri dan undang-undang. Penggunaan perkataan Melayu itu pula, walaupun terbit daripada pengaruh Sanskrit, dianggap suatu pencapaian yang membanggakan kerana turut menjadi sebahagian daripada urusan rasmi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan