TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN
PEPERIKSAAN STPM BAHASA MELAYU PENGGAL 2 (910/2) 2018: 23 MEI 2018, 11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

SELAMAT BELAJAR

TIDAK ADA WAKTU TENGAH HARI DAN MALAM?

MUNGKIN anda pernah mendengar atau membaca penggunaan frasa "pukul dua belas petang", "pukul lima petang", dan "pukul tujuh petang" yang keluar daripada mulut atau titisan tinta warganegara Malaysia akhir-akhir ini. "Pukul sembilan petang" juga pernah digunakan. Penggunaan waktu "petang" seperti ini seolah-olahnya hari di negara kita tidak ada tengah hari dan malam.

Dalam sistem waktu mengikut budaya Melayu, terdapat lima zon waktu harian, iaitu pagi, tengah hari, petang, malam, dan tengah malam. Hal ini berbeza daripada sistem waktu yang digunakan dalam masyarakat Eropah, yang hanya menggunakan istilah am dan pm untuk membezakan waktu. Walaupun begitu, sebenarnya terdapat istilah morning (pagi), midday (tengah hari), evening (petang), night (malam), dan midnight (tengah malam).

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui akaun Facebook yang diterbitkan pada hujung tahun 2012, pembahagian zon waktu harian dalam budaya kita seperti yang berikut:

  • Pagi                       -   1:00 hingga 11:59
  • Tengah hari     -   12:00 hingga 1:59
  • Petang                -   2:00 hingga 6:59
  • Malam                -   7:00 hingga 11.59
  • Tengah malam    -  12:00 hingga 12:59

Marilah kita menggunakan panggilan waktu yang tepat yang sesuai dengan budaya kita.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.