TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

GURU TIDAK MAKAN TENGAH HARI?

MENELITI judul di atas, mungkin timbul pertanyaan, benarkah demikian?
.
Mungkin hal itu ada benarnya. Sesetengah guru, yang ada kesempatan ketika tidak terlibat dengan pengajaran di dalam bilik darjah, akan ke kantin sekolah, makan secukupnya sekitar pukul 10.00 atau 11.00 pagi, lalu tidak perlu makan lagi pada waktu tengah hari. Golongan ini mungkin diet, atau untuk menjaga kesihatan, atau ada sebab tersendiri, mungkin akan makan pada pukul 6.30 petang atau 7.00 malam, atau mungkin tidak langsung. Hal ini berlaku tidak dalam kalangan guru sahaja; boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dalam mana-mana perkhidmatan.
.
Mungkin guru tidak makan tengah hari itu hanya gurauan. Berdasarkan konsep masa dalam masyarakat kita, tengah hari adalah dari pukul 12.00 hingga 1.59. Oleh itu, apabila guru itu tidak makan dalam tempoh tersebut, dianggap tidak makan tengah hari. Sekiranya guru itu makan pada pukul 2.00, dia sudah dianggap 'makan petang'.
.
Jika kita teliti waktu perkhidmatan guru di sekolah, ada benarnya juga guru tidak makan tengah hari. Mereka bukan tidak mahu makan, tetapi tidak sempat. Kebanyakan sekolah sekarang tamat waktu persekolahan paling awal pun pukul 2.10 petang, tetapi selalunya habis tugas pada pukul 2.50, atau lebih lewat kalau ada mesyuarat atau perbincangan tertentu. Walaupun kemungkinan sebelum waktu pulang itu ada guru yang tiada waktu pengajaran di bilik darjah, mereka tidak sempat makan apabila kantin sekolah hanya beroperasi hingga pukul 12.00 tengah hari sahaja. Guru bukan kakitangan sokongan sekolah, oleh itu tidak boleh keluar dari kawasan sekolah semata-mata untuk makan di kedai makan awam. Dengan sebab yang demikian, mereka terpaksalah menunggu hingga waktu mereka dapat mengetip kad perakam waktu.
.
Sekiranya mereka meninggalkan sekolah pada pukul 3.00 petang, ada yang tiba di rumah pukul 3.30 petang. Kalau pada petang hari itu guru ada aktiviti kokurikulum di sekolah mulai pukul 5.00 petang, pukul 4.30 mereka sudah bersiap untuk meninggalkan rumah. Alangkah pendeknya masa rehat guru! Kegiatan kokurikulum mungkin berakhir pukul 6.00 petang, mereka pun pulang, dan tiba di rumah pukul 6.30 petang, dan tidak lama kemudian malam pun tiba.
.
Esoknya, paling lewat pukul 7.00 pagi, mereka perlu turun dari rumah. Kad perakam waktu perlu diketip sebelum 7.30 pagi. Pengajaran akan bermula pada pukul 7.40 pagi. Selepas itu, kebiasaan harian pun bermula lagi. Guru pun tidak makan tengah hari sekali lagi...
.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.