TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

KAMUS

Definisi perkataan yang diberikan pada halaman ini berdasarkan makna yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2008).

A

  • adikarya = karya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa, misalnya Hikayat Hang Tuah dalam masyarakat Melayu. 
  • akademik [sebutan e= e taling] = 1. mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yang ~
  • angkara 1. perbuatan yang jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kepadd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yang ~; 3.= ~ murka: mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yang ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang


B
  • bestari [sebutan e= e pepet] = (1) cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik: muda ~ = muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan, dll); (2) beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat, dsb (bkn sistem, sekolah, dsb): sekolah ~; membestarikan = menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil termasuklah ~ sistem pengurusan...; kebestarian = perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa...; pembestarian = perihal (proses, perbuatan, dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting...
  • bitaratiada taranya, hanya satu-satunya.  

C
  • cendekia [sebutan kedua-dua e= e pepet] = berakal, cerdik, pandai; cerdik ~ cerdik pandai, terpelajar, intelektual: kaum cerdik ~ = kaum terpelajar, kaum intelek; kecendekiaan = segala sifat yang berkaitan dengan cendekia, kecerdikan: pengalaman ~; cendekiawan = orang (golongan, kaum, dsb) yang cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual: kritikan membina daripada ~ dan ilmuwan; kecendekiawanan hal (sifat, keterampilan, dsb) berhubung dengan cendekiawan: memaparkan ~ pemimpin itu...

J
  • jerayawara [sebutan e= e pepet] persembahan, pameran, ceramah, dsb, yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pameran.
  • jurnal = (1) terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; (2) akhbar harian atau mingguan; (3) buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku

K
  • kudapan = (1) makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan; (2) makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam.
  • kurun = jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima kurun yang lampau; kurun Masihi = kurun yang mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; kurun yang kesembilan belas = jangka waktu dari tahun 1801 hingga tahun 1900; berkurun-kurun beratus-ratus tahun, berabad-abad: adat yang sudah berkurun-kurun dianuti tidak mudah dapat dihapuskan.

L
  • lestari (Jk) [sebutan e= e pepet] = tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan = menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian = keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian = perlindungan daripada kemusnahan.

P
  • pendeta [sebutan e pertama= e pepet, sebutan e kedua= e taling] = (1) orang yang banyak ilmu (pandai-pandai); (2) ulama agama Hindu (Kristian, dll); (3) orang yang bertapa (dalam cerita-cerita lama); kependetaan = 1. sebagai seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap itu perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya.

S
  • sarjana = (1) orang yang pandai-pandai (bijak), ahli dalam ilmu pengetahuan, cendekiawan; (2) gelaran orang yang telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda = gelaran orang yang telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); kesarjanaan = 1. pengetahuan dan kemampuan seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yang berkaitan dengan sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dalam perkembangan ~ Melayu.
  • sarwajagat = (bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yang mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yangg bersifat ~;  kesarwajagatan = keadaan sejagat: kertas kerja yang membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dengan menitikberatkan ~.
  • sinkope (Lin) [sebutan e= e taling] = pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.