16 Mei lalu — Hari Guru — tarikh penting yang tidak mungkin terlupa oleh golongan pendidik. Mereka diraikan oleh pelajar dengan pemberian hadiah, di samping disuruh menyertai pelbagai permainan. Yang paling menarik, bersempena dengan Hari Guru, kerap juga guru dipohon agar menderma darah, malahan meminta guru mengeluarkan wang untuk mengadakan majlis sambutan Hari Guru.
Bersempena dengan Hari Guru ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada yang berikut: Pertama, semua guru yang mendidik saya di Sekolah Kebangsaan Temangan, Kelantan (1969-1974), di Sekolah Menengah Kampung Pek, Kelantan (1975-1979), dan di Sekolah Menengah Hamzah, Kelantan (1980-1981). Kedua, semua pensyarah yang mendidik saya menjadi guru semasa saya di Institut Bahasa, Kuala Lumpur (1984-1986). Ketiga, semua rakan semaktab saya di Institut Bahasa itu, yang sekarang masih menjadi guru. Keempat, semua rakan guru semasa saya berkhidmat di Sekolah Menengah Jengka 10, Pahang (1986-1992) yang masih berkhidmat dalam bidang pendidikan hingga kini. Kelima, semua rakan saya daripada kalangan guru yang mengikuti Kursus Program Kembar Institut Bahasa-Universiti Malaya (1992-1998). Keenam, semua rakan guru yang pernah dan sedang berkhidmat di SMK Sultan Omar, Dungun (mulai 1998). Keenam, semua rakan atau kenalan daripada kalangan guru berkhidmat di sekolah lain di sekitar Dungun, di seluruh Terengganu, dan di Malaysia juga.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini (2008) mengemukakan tema “Guru Cemerlang, Negara Terbilang”. Seorang rakan guru di sekolah saya bertanya dalam nada bergurau, “Bagi Guru Cemerlang saja? Kita yang bukan Guru Cemerlang ini tak menjadikan negara terbilang ya?” Saya dapat menangkap maksud yang tersirat daripada pertanyaan itu. “Guru Cemerlang” ialah satu jawatan bagi guru yang diiktiraf kepakarannya dalam mata pelajaran tertentu. Dahulu jawatan ini dikenali sebagai “Guru Pakar”. Rakan saya itu, saya, dan ramai guru lain, yang tidak berada dalam jawatan Guru Cemerlang, kalau mengikut slogan itu, sudah tentu tidak termasuk dalam kalangan guru yang dapat menjadikan negara kita terbilang, walaupun semua guru ini berkhidmat sekian lama dan sekian jerih. Saya berpendapat, sekiranya temanya ditukar kepada “Cemerlang Guru, Negara Terbilang”, semua guru akan termasuk dalam slogan itu, kecuali guru yang tidak bertugas dengan cemerlang.
Selain tema, satu ungkapan yang amat baik yang diperkenalkan mulai sambutan Hari Guru tahun lepas ialah “Terima Kasih Cikgu”. Ini satu penghargaan yang besar kepada guru. Namun, dengan susunan kata sebegitu, adakah membawa “berterima kasih kepada cikgu”? Pada saya, kata majmuk “terima kasih” itu wajar diikuti oleh tanda koma (,) sebelum perkataan “cikgu” untuk membawa maksud “guru diberi ucapan terima kasih”. Tanpa koma itu, ungkapan itu menghasilkan dwimakna yang mengelirukan hendak mengucapkannya andai tidak diteliti terlebih dahulu. Kekeliruan terjadi kerana frasa itu dapat juga membawa makna "sambutlah kasih daripada cikgu".
Di sekolah, masih banyak kesalahan bahasa yang gagal diatasi. Hal ini berlaku demikian kerana kebanyakan guru masih gagal menguasai penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Kesalahan yang lazim dikesan ialah ejaan dan tanda baca, penggunaan perkataan, susunan frasa, dan ayat. Di sekolah saya, saya pernah menerbitkan edaran bahasa yang saya namai Suara Bahasa, beberapa kali dalam setahun. Kebanyakan kesilapan lazim yang saya temukan saya berikan pembetulannya dan saya muatkan dalam edaran itu. Terbitan kecil (dua halaman sahaja) itu diedarkan kepada semua guru dan kakitangan sokongan, dan ditempatkan di dalam semua bilik darjah. Saya juga mengedarkan terbitan itu kepada beberapa orang guru di beberapa buah sekolah lain di Dungun yang turut mengajarkan Bahasa Melayu, khususnya guru tingkatan 6. Namun demikian, kesalahan bahasa masih berlaku pada papan tanda, kain rentang, surat, catatan dan pengumuman pada papan kenyataan, tirai latar dewan untuk sesuatu majlis, dan sebagainya.
Pada hujung tahun lepas (2007), Pengarah Pelajaran Terengganu memanggil guru yang dilantik sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk merangka tugas membetulkan penggunaan bahasa di sekolah, pejabat pelajaran daerah, dan di jabatan pelajaran negeri sendiri. Saya berpendapat hal ini amat baik kerana jabatan pelajaran seharusnya menggunakan kepakaran yang ada pada Munsyi Dewan ini. Dalam “Buku Rekod Mengajar” yang dikeluarkan oleh jabatan pelajaran itu juga mempunyai banyak kesalahan bahasa yang berulang-ulang. Namun demikian, kini sudah hampir setengah tahun, “jawatankuasa” yang dirancangkan belum juga bersidang. Apakah yang berlaku? Saya tidak tahu.
Untuk memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan sekolah, program pemantapan bahasa perlu diadakan. Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) yang wajib dilaksanakan di sekolah seharusnya memasukkan program penggunaan bahasa yang betul. Sekiranya guru tidak dapat menggunakan bahasa yang betul, sukarlah bagi kita untuk memantapkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Hal ini mengeyakan wawasan pepatah, “Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.”
Selamat Hari Guru. Terima kasih, cikgu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan