TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

CABARAN SESI TAHUN BAHARU

SESI persekolahan 2010 memberi saya cabaran baharu. Saya tidak lagi berjawatan Guru Perpustakaan dan Media (Guru Media) yang saya sandang semenjak 2007, apabila saya dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 (Bahasa Melayu) mulai Januari 2008.
.
Oleh itu, saya tidak lagi "kebal" daripada menjadi guru ganti. Kalau dahulu saya tidak diberi sebarang tugas menggantikan guru yang tidak hadir kerana bercuti, menjalankan tugas di tempat lain, atau berkursus, kerana kesibukan sebagai Guru Media, hal itu sudah terbatal buat saya. Saya boleh diberi tugas itu pada bila-bila masa. Pada minggu pertama persekolahan ini, sudah dua kali saya menerima tugasan itu, iaitu pada hari Selasa dan Khamis.
.
Selain itu, selama ini saya hanya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6, tetapi sekarang saya sudah ditugaskan untuk mengajarkan mata pelajaran itu bagi Tingkatan 4, tetapi sebuah kelas sahaja. Sudah lama saya meninggalkan tingkatan lain. Sekarang saya terpaksa belajar semula untuk mengajar pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran itu. Apatah lagi, mulai tahun ini, Komponen Sastera (Komsas) menggunakan teks baharu bagi tingkatan empat, iaitu antologi "Harga Remaja", dan novel "Renyah". Saya belum membaca kedua-dua teks tersebut, dan memang sukar mengajar Komsas kalau kita tidak mengetahui kandungan teks itu.
.
Pada masa yang sama, saya dan rakan-rakan yang dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang diperlukan. Kami tidak lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar yang biasa digunakan. Sebaliknya, kami perlu menggunakan bentuk folio, iaitu mengisi semua lembaran di dalam sebuah fail. Buat masa ini, kami masih terpinga-pinga dengan format dan cara pengisian. Sebenarnya, kami seperti dalam percubaan. Saya mendengar cerita bahawa di sebuah sekolah, pengetuanya mengarahkan supaya pelaksanaan mengikut format tingkatan enam diabaikan dahulu kerana belum menerima arahan rasmi daripada Jabatan Pelajaran.
.
Bagi saya, semua itu bukanlah masalah yang besar. Betapa susah pun tugas, kami tetap menjalankannya dengan sepenuh hati kami, atau sedaya yang dapat. Mungkin kami bersungut, tetapi kami tidak pernah memboikot tugas kami. Kami tetap bekerja lebih daripada waktu yang sepatutnya tanpa sebarang upah lebih masa, walaupun orang lain selalu berpendapat bahawa kami kerap mendapat cuti. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.
.
Minggu hadapan minggu yang kedua. Segala-galanya harus lebih lancar dan sempurna.
.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.