TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN
PEPERIKSAAN STPM BAHASA MELAYU PENGGAL 2 (910/2) 2018: 23 MEI 2018, 11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

SELAMAT BELAJAR

BERBICARALAH DENGAN SOPAN...

BERBUDI bahasa bermaksud berbahasa dan bertingkah laku dengan sopan. Pada masa dahulu, budi bahasa menjadi syarat atau kriteria penting dalam pemilihan sesuatu, termasuk dalam hal memilih menantu, kerana berbudi bahasa menjadi lambang positif dan ketulusan seseorang.


2. Manifestasi kepentingan budi bahasa terlihat dalam penggunaan frasa yang dikenali sebagai kesantunan berbahasa. Misalnya, frasa “buang air” digunakan untuk menggantikan perkataan “berak” atau “kencing” sebagai tanda kehalusan. Penggunaan bentuk ‘berlapik’ tersebut dapat mengelakkan rasa tersinggung dan jijik. Demikian juga rangkai kata “meninggal dunia” atau “pulang ke rahmatullah” digunakan bagi menggantikan “mati”. Perempuan yang sedang mengandung juga diberi perkataan lain, “berbadan dua”, sedangkan perkataan “mengandung” itu tidaklah kasar atau memalukan seseorang sekiranya hal itu terjadi dengan keadaan yang sepatutnya.


3. Nenek moyang kita dahulu mencipta peribahasa untuk tujuan yang sama. Peribahasa dapat melembutkan bicara walaupun maknanya kadang-kadang keras. Contohnya, “melepaskan anjing tersepit” ditujukan kepada orang yang tidak mengenang jasa orang yang pernah menolongnya. Selain itu, “kaki bangku” dikiaskan kepada seseorang yang tidak tahu bermain bola. Sekiranya hal itu dikatakan terus-terang kepada orang itu, pasti dia akan malu dan marah.


4. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa berbahasa dengan sopan. Secara amnya, kebanyakan kita sudah tersasar daripada budi bahasa. Apabila bercakap, segelintir remaja, kebanyakannya pelajar, gemar menggunakan perkataan “bodoh” dan “gila” kepada rakan. Walaupun penggunaan perkataan sedemikian sudah biasa bagi pihak tersebut, dan masing-masing tidak ambil hati, penggunaan tersebut tidak wajar diamalkan. Hal yang demikianlah memaksa kerajaan menjalankan Kempen Berbudi Bahasa dan Nilai Murni pada tahun 2005.
.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.