TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

PEDOMAN - Ejaan

Ejaan yang Betul

Perkataan-perkataan yang berikut antara yang kerap dieja secara salah.


               SALAH                  BETUL
  • Aidil adha                    - Aidiladha
  • Aidil fitri                      - Aidilfitri
  • aturcara                      -  atur cara 
  • bihun                           -  mihun
  • bistari                          -  bestari
  • cop (tera)                    -  cap
  • emel / e-mail              -  e-mel
  • hajjah                           -  hajah
  • isipadu                         -  isi padu 
  • ke15 / ke 15                -  ke-15 
  • keIV / ke IV / ke-IV   - IV
  • ko-kurikulum             -  kokurikulum
  • kontigen                      -  kontinjen
  • lagenda                        -  legenda
  • maksima                      -  maksimum
  • mee                              -  mi
  • minima                        -  minimum
  • pendita                        -  pendeta
  • ping pong                    -  pingpong
  • peramugari                 -  pramugari
  • Ramadhan                   -  Ramadan
  • sekaligus                      -  sekali gus
  • temuduga                    -  temu duga
  • tengahari                     -  tengah hari
  • ubah suai                     -  ubahsuai
  • urusetia                       -  urus setia
  • was-was                      -  waswas
  • wat (unit elektrik)     -  watt

    PEDOMAN - Leksikal

    - Sila klik judul yang dipaparkan.

    Beberapa pedoman lain seperti yang berikut juga boleh anda dapati.

    Klik pautan ini untuk mendapatkan bahan-bahan di bawah: Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu.

    • Koleksi Pedoman Bahasa Bil. 1
    • Ke Arah Bahasa Melayu Yang Berkesan.(Bil. 1)
    • Ke Arah Bahasa Melayu Yang Berkesan.(Bil 3(1/2000)
    • Ke Arah Bahasa Melayu Yang Berkesan Bil 1/2001(4)
    • Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
    • Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
    • Panduan Penyusunan Kamus Istilah
    • Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi
    • Istilah Keluaran Kayu
    • Istilah Fotografi
    • Istllah Pasaran Modal
    • Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    • Istilah Undang-undang
    • Istilah Komputer
    • Istilah Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan
    • Istilah Perhotelan
    • Istlilah Perbankan
    • Istilah Perubatan Keluarga
    • Istilah Sains Politik
    • Istilah Aeroangkasa
    • Sajian Makanan (Senarai Nama dan Ungkapan Umum)
    • Nama Indah (Penamaan Khas, Bangunan dan Taman dan Jalan)
    • Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] Bahasa Melayu
    • Koleksi Lembar Bahasa Bil 1
    • Tatacara Pengesahan Bahasa Kebangsaan dalam Iklan
    • Ungkapan Umum Media Penyiaran dan Tajuk Karyawan

    Klik pautan ini untuk mendapatkan bahan-bahan di atas: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    BARU DAN BAHARU


    BANYAK pertanyaan daripada guru dan pelajar tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?
    .
    Isu penggunaan kedua-dua perkataan itu sebenarnya sudah bermula semenjak tahun 2007. Mulai awal tahun itu, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan perkataan baharu menggantikan perkataan baru. Isu ini sudah dijelaskan dalam surat siaran Suara Bahasa yang diterbitkan untuk Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah keluaran Januari 2007. Kemudiannya, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Sallehuddin Abang Shokeran memberi kenyataannya melalui ruangan “Surat” dalam Berita Harian, untuk menjawab pertanyaan pengguna bahasa melalui ruangan yang sama. Terdapat dua konteks jawaban yang dapat diberikan untuk menjelaskan penggunaan dua kata tersebut.
    .

    Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharu merupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.
    .
    Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan. Lihat contohnya.
    • baru makan
    • baru pulang
    • baru bergerak
    Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi. Perhatikan contohnya.
    • kereta baharu
    • perjanjian baharu
    • pakaian baharu
    Oleh sebab fungsinya berbeza, kedua-dua perkataan itu sewajarnya tidak digunakan secara bertukar ganti, seperti yang berikut.
    • *baharu makan
    • *baharu pulang
    • *baharu bergerak
    • *kereta baru
    • *perjanjian baru
    • *pakaian baru
    Dengan hal yang demikian, penggunaan mengikut konteks yang kedua dianggap lebih tepat, lebih-lebih lagi jika digunakan dalam urusan rasmi, seperti dalam penulisan karangan pelajar, laporan, minit mesyuarat, dan sebagainya. Perkataan baharu bukanlah korpus yang baru diperkenalkan, kerana perkataan itu sangat aktif digunakan dalam tulisan pada tahun 1930-an hingga 1950-an dahulu lagi.

    MODUL > Ujian Interaktif

    Sila klik paparan judul yang berwarna biru.

    MODUL - Jabatan Pelajaran Negeri

    MODUL - Wilayah KETENGAH

    Sewajarnya...

    banner

    Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

    banner

    KONGSI BAHAN

    Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

    Kesudian anda sangat dihargai.

    MAKALAH PENULIS LAIN

    MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

    Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

    DENGAN NAMA ALLAH

    YANG BERSAMA DENGAN KITA

     
    Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.