Sila kemukakan pertanyaan anda di sini. Untuk memberi pendapat tentang hal lain, sila gunakan pautan PENDAPAT. Gunakan bahasa kebangsaan yang betul.
CABARAN SESI TAHUN BAHARU
SESI persekolahan 2010 memberi saya cabaran baharu. Saya tidak lagi berjawatan Guru Perpustakaan dan Media (Guru Media) yang saya sandang semenjak 2007, apabila saya dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 (Bahasa Melayu) mulai Januari 2008.
.
Oleh itu, saya tidak lagi "kebal" daripada menjadi guru ganti. Kalau dahulu saya tidak diberi sebarang tugas menggantikan guru yang tidak hadir kerana bercuti, menjalankan tugas di tempat lain, atau berkursus, kerana kesibukan sebagai Guru Media, hal itu sudah terbatal buat saya. Saya boleh diberi tugas itu pada bila-bila masa. Pada minggu pertama persekolahan ini, sudah dua kali saya menerima tugasan itu, iaitu pada hari Selasa dan Khamis.
.
Selain itu, selama ini saya hanya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6, tetapi sekarang saya sudah ditugaskan untuk mengajarkan mata pelajaran itu bagi Tingkatan 4, tetapi sebuah kelas sahaja. Sudah lama saya meninggalkan tingkatan lain. Sekarang saya terpaksa belajar semula untuk mengajar pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran itu. Apatah lagi, mulai tahun ini, Komponen Sastera (Komsas) menggunakan teks baharu bagi tingkatan empat, iaitu antologi "Harga Remaja", dan novel "Renyah". Saya belum membaca kedua-dua teks tersebut, dan memang sukar mengajar Komsas kalau kita tidak mengetahui kandungan teks itu.
.
Pada masa yang sama, saya dan rakan-rakan yang dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang diperlukan. Kami tidak lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar yang biasa digunakan. Sebaliknya, kami perlu menggunakan bentuk folio, iaitu mengisi semua lembaran di dalam sebuah fail. Buat masa ini, kami masih terpinga-pinga dengan format dan cara pengisian. Sebenarnya, kami seperti dalam percubaan. Saya mendengar cerita bahawa di sebuah sekolah, pengetuanya mengarahkan supaya pelaksanaan mengikut format tingkatan enam diabaikan dahulu kerana belum menerima arahan rasmi daripada Jabatan Pelajaran.
.
Bagi saya, semua itu bukanlah masalah yang besar. Betapa susah pun tugas, kami tetap menjalankannya dengan sepenuh hati kami, atau sedaya yang dapat. Mungkin kami bersungut, tetapi kami tidak pernah memboikot tugas kami. Kami tetap bekerja lebih daripada waktu yang sepatutnya tanpa sebarang upah lebih masa, walaupun orang lain selalu berpendapat bahawa kami kerap mendapat cuti. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.
.
Minggu hadapan minggu yang kedua. Segala-galanya harus lebih lancar dan sempurna.

LELAMAN : RIMBUNAHU
- Apabila Sudah Banyak...
- Baru dan Baharu
- Bukan "Merbahaya"...
- Dibayar di Kaunter
- Ejaan Kata Pinjaman
- Ejaan yang Tidak Mematuhi Pola Keselarasan Huruf Vokal
- Golongan Kata dan Fungsi Kata
- Hal Ini Terjadi Demikian...
- Hukum D-M
- Huruf "E" atau "I", dan "O" atau "U" dalam Kata Pinjaman
- Istirehat, atau Istirahat?
- Jangan Lupa Tanda Sempang!
- Kata Adjektif Tidak Sesuai dengan Apitan "Memper-...-kan"
- Kata Klitik Perlu Bercantum dengan Kata Dasar
- Mengenali Kata Kerja Transitif
- Menggunakan Kata secara Betul
- Muasir
- Ramadhan, atau Ramadan?
- Sambil Lewa?
- Tewas - Tumpas
- Tiada Huruf "Y" pada Akhir Kata
- Tidak Peka akan Ejaan yang Betul
SENARAI CATATAN
- Menguasai Istilah atau Unsur Bahasa
- Perubahan Kurikulum STPM Mulai 2018
- IPTA Dikenali sebagai UA Pula
- Pemantapan Pedagogi kepada Guru Tingkatan 6
- Dua Tema Kerja Kursus Penggal 3 (2014)
- Mohon Dimaklumkan Sebarang Kesilapan dalam Buku "Bahasa Melayu STPM Penggal 2"
- Amaran daripada MPM tentang Penulisan Esei Berformat
- Bilakah Kami Dapat Beruniform Baharu, Cikgu?
- Mendepani Kajian Ilmiah
- Perjuangan Bakal Bermula
- Warkah kepada Pelajar Prauniversiti Bawah
- Peraturan Bahasa Harus Dipermudah
- Model Latihan dan Cakera Padat Tatabahasa
- Tepuk Dada Tanya Selera...
- Dua Kata Dasar Dieja Bercantum ialah Kata Majmuk
- Beberapa yang Baharu dalam Tatabahasa Asas
- Manual Calon PBS (STPM) Penggal 2 Sudah Dikeluarkan
- Bersedia untuk Penggal Kedua
- Soalan BM Penggal 1 Mampu Dijawab dengan Baik
- STPM Penggal 1 Berlalu
- Sayembara Menulis Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan 2012
- Buku Tatabahasa STPM Telah Diterbitkan
- Bahasa Melayu di Universiti Dunia
- Penjenamaan Semula Tingkatan Enam dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
- Tingkatan Enam Mungkin Diasingkan daripada Sekolah Biasa
- 2012: Pemula dan Pengakhir
- Cadangan Jawapan Soalan STPM 2011 - Tatabahasa
- Sepintas Lalu tentang Soalan BM Kertas 1 (2011)
LELAMAN : MARTABAT 3
- Sebuah Cinta...
- J. Hunter Farris dengan Bahasa Melayu
- "Tepuk Dada Tanya Selera" - Versi 2
- Kementerian Kewangan Mahu Iklan dalam Bahasa Melayu
- Preve - Suatu Bukti?
- "Tigers" dan "Leopards" lawan Garuda dan Rajawali
- DBP Wajar Edit Dokumen Rasmi Kerajaan
- Warkah kepada Siti Jarum
- Pahat PPSMI Masih Berbunyi?
- Pengharaman Bahasa Asing di Bulgaria
- Keistimewaan dan Kekurangan Bahasa?
- Bahasa Melayu Keempat di Dunia
- Orang Melayu Tidak Bangga akan Bahasa Sendiri?
- Bahasa Anugerah kepada Bangsa
- Bahasa Melayu Semakin Rojak
- Indah Disebut Sempit Ditafsir
- Kajilah Semula Pelaksanaan PPSMI
- Wajibkan Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Pengajian Tinggi
- "Martabat 3"
KONGSI BAHAN
Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.
Kesudian anda sangat dihargai.
Kesudian anda sangat dihargai.
MAKALAH PENULIS LAIN
MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.
TENTANG SAYA
DENGAN NAMA ALLAH
YANG BERSAMA DENGAN KITA
PAUTAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
PAUTAN IPTA
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia Melaka
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Utara Malaysia

8:27 PTG
SUHAIMI MOHD SALLEH