Halaman

KERJA KURSUS ILMIAH PENGGAL 3 (2017)

PADA Penggal 3 ini, calon STPM Bahasa Melayu 2017 perlu menyelesaikan satu lagi kerja kursus untuk melengkapkan pengajian Bahasa Melayu masing-masing.

Kali ini calon perlu menyiapkan satu kerja kursus ilmiah secara berkumpulan. Panjang penulisan kerja kursus ini ialah 2,000 hingga 2,500 patah perkataan. Selepas penulisan kerja kursus tamat, calon perlu membuat pembentangan kerja kursus masing-masing.


Pada kali ini, tema yang dikemukakan ialah MORFOLOGI dan VARIASI BAHASA. Calon harus memilih satu tema dan mengenal pasti tajuk kajian berdasarkan tema tersebut.

Bidang morfologi sudah dipelajari pada Penggal 2 lalu, manakala tajuk variasi bahasa akan dipelajari pada Penggal 3 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan