Halaman

NOTA & LATIHAN DAN SKOR A STPM BAHASA MELAYU SEMESTER 3 TERBITAN 2023

PELAJAR Semester 2 sesi 2023 sudahpun menyelesaikan pengajian, dan kini sedang mengikuti Semester 3. Mereka akan menghadapi peperiksaan itu mulai 13 hingga 20 Mac 2024. Mengikut jadual Semester 3 yang telah dikeluarkan dalam Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, mata pelajaran Bahasa Melayu dijadualkan akan diduduki pada 14 Mac 2024 (Khamis).
 
Seperti biasa, saya menyediakan buku rujukan dan latihan untuk keperluan Semester 3. Buku "Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu Semester 3" sudah ada dalam pasaran semenjak bulan Ogos lalu, dengan harga RM18.90 di Semenanjung dan RM19.90 di Sabah dan di Sarawak.
 

Buku rujukan ini masih mengekalkan konsep sebelumnya, tetapi seperti biasa, setiap kali diulang cetak, beberapa perubahan dilakukan, antaranya:
  1.   Mana-mana kesilapan yang dapat dikesan telah dibetulkan,
  2.   Ulasan soalan peperiksaan Semester 3 terkini (2022),
  3.   Jadual analisis soalan ditambah dengan soalan Semester 3 terkini (2022),
  4.   Contoh penulisan kajian ilmiah yang baharu - tema: Morfologi
  5.   Kertas model yang baharu
Buku "Skor A dalam STPM Semester 3 Bahasa Melayu" cetakan terbaharu akan berada dalam pasaran tidak lama lagi. Kesilapan yang terdapat dalam cetakan sebelumnya juga telah dibaiki, dan satu model baharu dimasukkan, manakala model yang dikeluarkan masih boleh diikuti dengan mengimbas kod QR yang dicetak pada muka kandungan buku berkenaan.
 
Kedua-dua buku berkenaan diterbitkan oleh Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., yang menjalankan operasinya di Petaling Jaya.
 
Semoga pelajar mendapat manfaat daripada penerbitan buku-buku tersebut.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan