Halaman

KESILAPAN CETAKAN DALAM BUKU NOTA & LATIHAN STPM BAHASA MELAYU SEMESTER 2 EDISI 2023

CATATAN kali ini berkaitan dengan catatan sebelum ini, "Kesilapan dalam Buku Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu Semester 2" bagi edisi 2022. 

Dalam edisi terbaharu (edisi 2023), masih terdapat sedikit kesilapan yang melibatkan bahagian yang sama dengan yang terjadi pada edisi 2022, dan kesilapan baharu dalam edisi 2023 sendiri.


 

Kesilapan dalam edisi 2023 yang perlu dibetulkan ialah:

1.  Halaman iv  

- Tajuk yang betul ialah Ulasan Soalan STPM Bahasa Melayu Semester 2 Kertas 2  (2022), bukan (2021)

 


2.  Halaman viii

-  Pembetulan jawapan bagi soalan 31(a), sepatutnya Frasa, bukan Kata sendi nama

 


3.  Halaman x

-    Pada soalan 39(a), tambah tanda pengguguran (...) selepas perkataan segelintir


 

4.   Halaman 25

 -  Berlaku kesilapan taip bagi jenis kata adverba. Kata adverba asalnya kata adjektif, sepatutnya dibaca sebagai Kata adverba asalnya kata kerja, dan Kata adverba asalnya kata kerja selepasnya sepatutnya dibaca sebagai Kata adverba asalnya kata adjektif.

 


Nota:

Kesilapan pada halaman 1 edisi 2022 telah dibetulkan sedikit sahaja dengan menambahkan perkataan "bentuk" dalam frasa Susunan bunyi ujaran atau lambang dalam sesuatu kata, menjadi Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang dalam sesuatu kata. Selepas frasa itu, boleh juga ditambah dengan frasa lain yang membawa makna yang sama, menjadi atau susunan unsur bahasa dalam sesuatu kata.

Kesilapan pada halaman 20 edisi 2022 telah dibetulkan dalam edisi 2023.

Saya sebagai penulis memohon setinggi-tinggi kemaafan atas kesilapan tersebut yang mungkin mengganggu pemahaman pelajar dan guru yang menggunakan buku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan