Halaman

ULASAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN ADA DALAM BUKU TULISAN SAYA

PEMBACA blog ini pasti banyak juga yang membeli atau menggunakan buku tulisan saya tentang Bahasa Melayu STPM. Terdapat dua jenis buku saya yang terkini, yang kesemuanya diterbitkan oleh Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., iaitu Skor A dalam STPM Bahasa Melayu untuk model latihan, dan Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu untuk penulisan nota dan latihan. Kedua-dua jenis buku itu melibatkan Semester 1, Semester 2, dan Semester 3, sama ada yang saya tulis secara individu ataupun bersama dengan seorang penulis lain.
 
Buku yang terbaharu (2022) ialah Skor A dalam STPM Semester 2 Bahasa Melayu (910/2), dan Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu Semester 2.
 
 
 
Sekiranya pelajar dan guru membuka bahagian hadapan, iaitu sebelum Kertas Model 1 atau Bab 1, anda akan dapati bahawa terdapat halaman ulasan soalan sebenar STPM bagi tahun sebelumnya. Contohnya, bagi naskhah terbitan 2022 ini, akan terdapat ulasan soalan dan skema jawapan bagi soalan sebenar tahun 2021. Walau bagaimanapun, ulasan dan skema itu tedapat dalam buku terbitan 2016 ke atas sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan