TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENGGAL 3, PENGGAL 1, ULANGAN PENGGAL 1, DAN ULANGAN PENGGAL 2
SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI

Status

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN 1967


Pada 3 Julai 1967, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan. Rang undang-undang ini diluluskan dengan 95 undi menyokong dan 11 undi menentang.

Rang undang-undang ini digubal bagi melaksanakan ketetapan dalam Bab 152 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi yang tunggal. Rang undang-Undang ini digubal setelah genap tempoh 10 tahun penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan. Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan ini menetapkan bahawa mulai 1 September 1967, hanya bahasa kebangsaan yang boleh digunakan dalam urusan rasmi. Namun, demi kepentingan awam, bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan, iaitu melalui penggunaan terjemahan daripada bahasa-bahasa tersebut.

Ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu juga dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah boleh dijalankan sama ada dalam bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris atau sebahagian dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam bahasa Inggeris. Sesungguhnya, kelulusan Rang Undang-Undang Bahasa ini telah lebih memantapkan perpaduan rakyat dalam sebuah negara yang merdeka.


*****

BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN

Pada 19 Julai 1964, satu barisan bertindak bahasa kebangsaan telah ditubuhkan untuk menentang anasir-anasir yang menghalang pelaksanaan bahasa kebangsaan. Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Malaysia, Encik Melan Abdullah yang hadir dalam perjumpaan penubuhan badan itu telah memberikan jaminan bahawa barisan ini akan memberikan sokongan kepada setiap tindakan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan pada bila-bila masa sahaja.

Perjumpaan untuk menubuhkan Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan ini telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadir dalam majlis itu ialah pencinta-pencinta bahasa, pensyarah-pensyarah maktab, wartawan-wartawan tempatan, penulis-penulis dan pelajar yang berjumlah kira-kira 70 orang.

Dalam perjumpaan ini, Encik Yahya Ismail, Penolong Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipilih menjadi pengerusi barisan tersebut manakala Encik Kamaruddin bin Mohd. Said telah dipilih sebagai setiausahanya.

Antara tujuan barisan itu adalah seperti yang berikut:

(i) Memperjuangkan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan dan bersungguh-sungguh.

(ii) Melaksanakan kehendak perlembagaan iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal menjelang tahun 1967.

(iii) Menimbulkan dan meneguhkan semangat perjuangan terhadap bahasa itu.

(iv) Menjaga kesucian dan kedaulatan bahasa di negara ini.

(v) Mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah sikap antinasional yang ditunjukkan oleh badan-badan perniagaan, pejabat-pejabat dan perbadanan-perbadanan lain.

(vi) Mengadakan risalah penerangan dan ceramah-ceramah, rapat-rapat umum dan tindakan-tindakan yang lain sesuai dengan kehendak keadaan.

(vii) Membela dan memberi sokongan kepada pejuang-pejuang bahasa kebangsaan untuk meneguhkan keyakinan mereka bahawa mereka itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik terdiri daripada Encik Noor Azam, Encik Abdullah Zawawi, Encik Abu Zaki Fadzil, Encik Asraf, Encik Melan Abdullah, Encik Usman Awang, Encik Abdullah Hussain, dan Cik Habibah Manan.

Sumber: http://www.arkib.gov.my/
























Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.