TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

ISTILAH

Pendefinisian istilah-istilah yang berikut ini dibuat dengan berdasarkan yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995).


A
  • Akar kata = bentuk morfem terikat (bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain, seperti tapa dalam bertapa, dan tani dalam pasar tani.
  • Akhiran = bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhir perkataan, contohnya -an dalam edaran, -kan dalam belikan, dan -i dalam baiki.
  • Akronim = kata singkatan yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf, suku kata, atau bahagian lain daripada serangkaian perkataan, seperti pawagam daripada panggung wayang gambar, dan Perhilitan daripada Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
  • Alomorf = kelainan bentuk bagi sesuatu morfem yang terdiri daripada imbuhan apabila bergabung dengan sesuatu kata dasar.
  • Apitan = bentuk imbuhan yang menggabungkan awalan dan akhiran pada perkataan, seperti ber-...-an dalam berlarian, per-...-an dalam persamaanme-...-i dalam merestui, ke-...-an dalam kewibawaan, dan sebagainya.
  • Awalan = bentuk imbuhan yang digabungkan pada permulaan perkataan, contohnya ter- dalam terbaik, pe- dalam pelumba, di- dalam dicari, dan sebagainya.
  • Ayat = unit pengucapan yang menduduki tempat paling tinggi dalam susunan tatabahasa, yang dibina dengan unsur subjek dan predikat, dan mempunyai makna yang lengkap. Dalam bahasa Melayu, ada ayat dasar, ayat terbitan, ayat biasa, ayat songsang, ayat aktif, ayat pasif, ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya, ayat seruan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Setiap ayat berkenaan mempunyai jenis-jenis tertentu pula.


B
  • Binaan = cara sesuatu unsur bahasa disusun, misalnya binaan ayat terdiri daripada susunan subjek dan predikat, atau binaan frasa terdiri daripada satu atau beberapa kata.
  • Bentuk ayat = rupa atau struktur ayat yang ditentukan oleh jumlah klausa yang digunakan, sama ada ayat tunggal ataupun ayat majmuk.
  • Bentuk kata = rupa atau kewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Bentuk kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.

F

  • Frasa = kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu bahasa. Frasa terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Selain itu, terdapat juga penggunaan istilah frasa keterangan.
  • Frasa adjektif = binaan frasa yang mempunyai satu atau beberapa kata yang satu daripadanya ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai kata inti
  • Frasa kerja = binaan frasa yang mempunyai atau beberapa kata yang satu daripadanya ialah kata kerja yang berfungsi sebagai kata inti 
  • Frasa keterangan = binaan frasa yang memberikan keterangan tertentu kepada frasa utama; yang merupakan frasa sendi nama
  • Frasa nama = binaan frasa yang mempunyai satu atau beberapa kata yang satu daripadanya ialah kata nama yang berfungsi sebagai kata inti
  • Frasa sendi nama = binaan frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti kata nama atau frasa nama. Terdapat juga frasa sendi nama yang menggunakan kata arah di antara kata sendi nama dengan kata nama

M
  • Morfem = unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat
  • Morfem bebas = morfem yang dapat berdiri sendiri atau mempunyai makna dalam keadaan bersendirian. Morfem bebas bersifat perkataan. Perkataan kami, pantas, sempurna, dan sebagainya, merupakan morfem bebas.
  • Morfem terikat = morfem yang tidak dapat berdiri sendiri, atau morfem yang perlu bersama-sama dengan morfem lain untuk dapat membawa makna. Morfem terikat terdiri daripada semua jenis imbuhan, dan kata akar atau akar kata.
  • Morfologi = bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata.
  • Morfofonem = ciri bunyi yang hadir apabila morfem yang terdiri daripada imbuhan digabungkan dengan kata dasar. Bunyi yang hadir itu ialah perubahan yang terjadi apabila berlakunya penggabungan morfem dengan morfem berkenaan.


S
  • Sintaksis = bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat.
  • Sisipan = bentuk imbuhan yang ditambahkan di bahagian tengah perkataan, antaranya -el- dalam telapak, -er- dalam seruling, dan -in- dalam sinambung.
  • Subjek = bahagian utama dalam binaan ayat yang lazimnya terdiri daripada frasa nama dan menjadi fokus, judul atau unsur yang diterangkan.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.