TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BAND MENJADI BANK!

CERITA ini sudah agak lama, tetapi menarik untuk dikongsi. Kisahnya berlaku dalam Kementerian Pelajaran. Dalam satu mesyuarat, seorang pengetua ditegur dengan keras oleh ketua jabatan kerana menggunakan perkataan "BANK" dalam satu laporan.

Tidak diketahui punca penggunaan perkataan itu disebabkan oleh kesilapan taip oleh kakitangan sokongan di sekolahnya atau kakitangan itu yang tidak memahami maksud sebenar.

Perkataan sebenar ialah "BAND". Perkataan itu digunakan dengan meluas dalam Kementerian Pelajaran untuk memberi penarafan pencapaian bagi sesebuah sekolah. Kalau kita pergi ke sekolah, akan tergantung di atas pintu masuk ke pejabat pentadbiran sekolah, sama ada BAND 2, BAND 5, atau sebagainya, yang menunjukkan pencapaian sekolah tersebut. Semenjak pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) semenjak tahun lepas, istilah itu juga digunakan untuk menunjukkan tahap pelajar.

Yang anehnya, mengapakah perkataan itu digunakan? Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah mengisytiharkan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah, tetapi Kementerian Pelajaran menggunakan perkataan bahasa Inggeris! Apalah salahnya kalau digunakan perkataan TAHAP, PERINGKAT, atau ARAS. Perkataan-perkataan itu tidaklah asing bagi orang di Malaysia.

Dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET), pencapaian calonnya memang menggunakan perkataan "band". Penggunaan tersebut tidak pelik kerana peperiksaan itu untuk bahasa Inggeris.

Sekiranya perkataan berunsur Melayu itu digunakan tentunya kakitangan sokongan itu tidak tersilap menulis "bank", barangkali!


Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.