TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN
PEPERIKSAAN STPM BAHASA MELAYU PENGGAL 2 (910/2) 2018: 23 MEI 2018, 11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

SELAMAT BELAJAR

HANYA BAHASA MELAYU IDENTITI NASIONAL

PROFESOR Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Teo Kok Seong menjelaskan bahawa bahasa Melayu sahaja yang layak menjadi pengenalan kebangsaan atau identiti nasional di negara ini. Menurutnya, hal itu dikatakan demikian kerana berdasarkan nasionalisme, hanya bahasa pribumi sahaja dapat dijadikan identiti negara.

Beliau dengan tegas menolak kenyataan bahawa bahasa Melayu, bahasa Mandarin, dan bahasa Inggeris merupakan bahagian penting bagi identiti kebangsaan Malaysia. Kenyataan itu tidak tepat kerana dibuat dengan berdasarkan kecekapan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia yang melibatkan ketiga-tiga bahasa itu semata-mata.

Menurutnya lagi, kaum Melayu merupakan etnik dominan, sama ada dari segi sejarah atau perkembangan semasa. Oleh itu, identiti Melayu perlu diambil kira dalam penentuan identiti nasional. Dalam banyak hal, etos kaum Melayu merupakan bahagian penting dalam perjanjian etnik atau kontrak sosial semasa kemerdekaan dicapai dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan lambang identiti kerana bahasa itu bukan milik asal mana-mana keturunan utama di negara ini. Kekuatan bahasa Melayu ialah bahasa itu berupaya untuk membezakan rakyat Malaysia daripada warga dunia lain, maka perbezaan inilah yang dikatakan identiti nasional, iaitu ciri yang berbeza daripada identiti bahasa Korea atau bahasa-bahasa lain.
 
Bahasa Melayu juga menjadi penyatu rakyat Malaysia kerana melalui bahasa itu warganegara Malaysia berkongsi ciri dan kepentingan yang sama.

Pendapatnya yang lebih terperinci dapat diikuti melalui Berita Harian Online. 

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.