TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

OSMAN BAKU MEMELIHARA BAHASA KEBANGSAAN

RADIO dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluran televisyen, TV2, sedang menyiarkan drama tentang bahasa kebangsaan, "Osman Baku" pada setiap hari Selasa, pukul 9.30 malam.

Antara siri drama pendek selama setengah jam itu yang telah ditayangkan ialah "Kain Rentang" yang memaparkan kisah Cikgu Osman menurunkan kain rentang yang mengandungi kesalahan bahasa dan digantikan dengan kain rentang lain yang menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Cikgu Osman ialah bekas guru yang sangat mementingkan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dari segi perkataan, ejaan, dan tatabahasa. Beliau sanggup menurunkan kain rentang, gegantung dan papan tanda yang dipasang di tempat awam di kampungnya. Beliau juga dengan berani membetulkan setiap kata dan frasa dalam bahasa Inggeris yang digunakan oleh doktor yang merawatnya di klinik atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya.

Cikgu Osman mempunyai seorang anak dara yang sedang berkhidmat sebagai guru. Anaknya itu juga selalu ditegur dalam hal penggunaan bahasa, termasuk bahasa pesanan ringkas (SMS). Dia turut tidak terlepas daripada keinginan untuk mengekalkan budaya bangsa yang indah apabila setiap jejaka yang ingin meminang anaknya itu perlu berpantun.

Pengolahan drama dibuat secara bersahaja tetapi menarik dengan selitan unsur kecindan yang bernada sinis. Watak Osman Baku dibawakan oleh Dato' Rahim Razali, manakala skrip ditulis oleh Syareel Izam Ali.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.