TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DI JABATAN KERAJAAN DIAUDIT

CAHAYA yang gemilang sedang menyuluh bahasa kebangsaan dengan wujudnya gerakan memartabatkan bahasa itu yang sedang ditangani oleh kepimpinan bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Badan bahasa itu yang selama ini berperanan merancang pengembangan bahasa, diberikan tanggungjawab lebih bermakna apabila diharapkan menjadi badan pemegang amanah atau penjaga perbendaharaan ilmu dan persuratan Melayu di negara ini, dan sebagai pusat rujukan sehenti dalam kalangan penyelidik dari dalam dan luar negara.

DBP mengorak langkah dengan mewujudkan Pelan Tindakan Strategik 2011-2015 yang  mengandungi satu inisiatif baharu yang berimpak tinggi, iaitu pelaksanaan Program Audit Bahasa untuk meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam.

"Audit Bahasa akan dimulakan pada tahun hadapan, yang memberikan tumpuan awal terhadap enam sektor di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, iaitu perkhidmatan awam, tempat awam, penyiaran dan komunikasi, kewangan dan perbankan, perdagangan dan pendidikan," kata Timbalan Perdana MenterI, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yasin ketika melancarkan pelan strategik tersebut hari ini (13 Julai 2012).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan audit bahasa terhadap papan iklan luar selain mewujudkan penarafan bintang kepada Pihak Berkuasa Tempatan, manakala Jabatan Perkhidmatan Awam sudah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan beberapa bahagian terpilih di jabatan itu untuk diaudit pada Disember ini.

Kementerian Pengajian Tinggi juga sudah meletakkan sasaran penggunaan bahasa Melayu yang lebih meluas di IPT, selain Kementerian Kewangan yang telah mengarahkan bank dan syarikat insurans untuk menggunakan bahasa kebangsaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan seminar untuk kumpulan peniaga dan usahawan. Audit bahasa dalam sektor lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua program tersebut.

Timbalan Perdana Menteri yakin sekiranya usaha tersebut dapat dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh dengan membabitkan semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta, bahasa Melayu tidak akan terpinggir di bumi sendiri.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.