TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

MELAYU PENDUDUK ASAL NUSANTARA

MAKALAH tulisan Latifah Ariffin, "Melayu Bangsa Pendatang?" dalam Berita Minggu, 11 Jun 2012 mengungkapkan hal asal usul orang dan bahasa Melayu. Satu pendapat yang popular tentang asal bangsa dan bahasa Melayu ialah yang dikemukakan oleh Kern dan Geldern bahawa  Melayu berasal dari Yunan, yang berhijrah ke Nusantara pada tahun 2500 SM dan 1500 SM. 



Dalam artikel tersebut, penulis itu memfokuskan pendapat Prof. Emeritus Dr. Nik Hassan Suhaimi bin Abdul Rahman bahawa hipotesis tersebut tidak tepat. Dalam Forum Identiti Melayu yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, beliau menegaskan bahawa penghijrahan orang Melayu hanya berlaku dalam ruang lingkup sendiri, bukan dari luar.


Pendapat tersebut memberi pengukuhan kepada pendapatnya yang telah dikemukakan pada lebih satu dekad lalu bahawa orang Melayu tiada kaitan dengan penduduk Yunan. Beliau dan Prof. Dr. Wan Hashim bin Wan Teh telah membuat kajian terhadap 26 kelompok minoriti di Yunan, dan mendapati bahawa orang Melayu tiada kaitan dengan golongan tersebut. Bekas orang kuat Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga pernah menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera telah wujud di Nusantara semenjak lebih daripada 35,000 tahun dahulu.

Terdapat dua teori yang popular tentang asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Yang pertama, pendapat mengatakan bahawa orang Melayu di Nusantara berasal dari kawasan Asia Tengah.  Teori kedua pula mempertahankan pendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Nusantara sendiri. Banyak juga sarjana Barat yang menyetujui teori kedua, termasuk Crawfurd.

Penghijrahan dari utara ke Nusantara mungkin benar-benar berlaku, tetapi tidak memungkinkan sehingga wujudnya etnik lain. Kalau diteliti kaum yang tinggal di kawasan Asia Tengah, kita dapat melihat beberapa perbezaan. Pertamanya, percakapan penduduk di tanah besar Asia sangat berbeza dengan percakapan orang Melayu di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, penggunaan beberapa perkataan yang sama, seperti "keladi", "buluh", "pisang", dan sebagainya, mungkin terjadi. Selain itu, dari segi tulisan, didapati tulisan penduduk di Nusantara mengalami perubahan daripada tulisan purba kepada tulisan Jawi dan akhirnya Rumi yang digunakan hingga sekarang, dan langsung tiada persamaan dengan bentuk tulisan yang digunakan sama ada di Vietnam, China, Laos, atau Kampuchea. Penggunaan tulisan Jawi dan Rumi dapat menunjukkan bahawa bangsa di Asia Tenggara merupakan puak tersendiri, bukannya yang berpindah secara besar-besaran dari utara semenanjung dan kepulauan Melayu.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.