GURU Bahasa Melayu Tingkatan 6 dari seluruh negeri Terengganu berkampung di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 26 dan 27 April 2011 untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terkini tentang pelaksanaan sistem pentaksiran baharu bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Taklimat tentang pentaksiran berpusat dan pentaksiran berasaskan sekolah itu disampaikan oleh Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Terengganu, Tuan Haji Nawi bin Ismail, Tuan Haji Md Rahim bin Yahya, dan Puan Shahidah binti Hashim.
Pentaksiran baharu itu akan mula digunakan pada tahun ini untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah. Warga baharu prauniversiti itu dijadualkan akan melaporkan diri pada 8 Mei 2012 dan akan menjalani kuliah pada 20 Mei 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan