TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

UNSUR BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU

UNSUR asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan dengan tamadun tersebut.

Latar Belakang Peminjaman Bahasa
Bahasa yang memberikan sumbangan dalam proses peminjaman oleh bahasa Melayu merupakan bahasa yang pernah berdampingan atau terlibat dalam sejarah orang Melayu. Oleh itu, besar atau kecilnya pengaruh bahasa asing itu bergantung kepada tempoh dan rapatnya keterlibatannya dengan masyarakat atau budaya Melayu.


Bahasa tertua yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu bahasa Sanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh golongan istana dan bangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya Hindu yang mendominasi kebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu. Peminjaman berlaku semenjak abad ketujuh lagi apabila bahasa Melayu kuno menggunakannya untuk keperluan mengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu bersurat. Pada ketika itu kerajaan Hindu Sriwijaya berada pada puncak kegemilangannya.


Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah bahasa Tamil (bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani, dan bahasa Telegu. Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di kepulauan Melayu.


Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa ini “menghadiahkan” sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali sebagai tulisan “Jawi” di Malaysia dan tulisan “Melayu-Arab” di Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga terserap dengan ketara dalam penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad ke-16 hingga ke-18. Selain itu, bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu, yang tersebar melalui kegiatan perdagangan.


Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.


Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan orang Cina, khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.


Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan dan hubungan perdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut dipinjam ialah bahasa Siam, tetapi sangat kecil.


Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:


(a) Bahasa India – Sanskrit, Tamil, dan Hindustani
(b) Bahasa Tanah Arab – Arab, dan Farsi
(c) Bahasa Nusantara – Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya
(d) Bahasa Cina,
(e) Bahasa Eropah – Portugis, Belanda, dan Inggeris,
(f) Bahasa lain di Asia Tenggara – Siam, dan lain-lain.


Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan dan penjajahan politik – membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2) Perniagaan dan perdagangan serta pendidikan dan penyebaran agama – menyerapkan bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab; (3) Kejiranan dan persahabatan – membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Cina, Tamil, dan Jawa.




Faktor-faktor Peminjaman Unsur Bahasa Asing


Za’ba memberikan beberapa faktor orang Melayu meminjam unsur bahasa asing.


(1) Keperluan


Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan dunia ilmu. Walaupun perkataan Melayu mungkin ada, perkataan tersebut tidak sesuai, tidak tepat atau tidak setara maknanya untuk menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan. Mungkin pula perkataan yang ada itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidak sesuai lagi digunakan.


Kosa kata daripada bahasa lain terpaksa dipinjam juga kerana penggunanya tidak mengetahui kewujudan perkataan berkenaan dalam bahasa Melayu. Walaupun perkataan itu wujud, mungkin penggunanya gagal mengingat atau mencarinya ketika hendak digunakan.


Peminjaman dilakukan untuk melicinkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu. Dengan cara itu juga, status bahasa Melayu dapat ditingkatkan sebagai bahasa moden.




(2) Sikap

Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan dirasakan lebih bergaya dan canggih, dengan anggapan perkataan Melayu sudah lapuk dan tidak bergaya. Hal ini lebih-lebih lagi bagi orang yang suka berlagak dan menunjukkan dirinya pandai dalam bahasa asing atau bahasa baharu. Keadaan ini menyebabkan orang-orang lain turut menggunakannya walaupun tidak memahami maknanya dengan tepat. Contohnya, perkataan hulu telah digantikan dengan kepala.


Selain itu, orang berkenaan tidak fasih dalam bahasanya sendiri. Sikap bebalnya menyebabkan dia tidak malas menyiasat atau mengkaji bahasa sendiri, lalu dengan mudahnya menggunakan perkataan asing. Pada zaman pascamerdeka ini, terdapat pihak yang menganggap bahasa Melayu tidak dapat menandingi kewibawaan bahasa Inggeris.


Kesimpulannya, peminjaman bahasa asing disebabkan keperluan mengungkapkan konsep moden, dan menganggap bahasa lain lebih berprestij. Senario ini wujud semenjak zaman bahasa Melayu kuno dengan dominasi bahasa Sanskrit hinggalah kini pada era bahasa Melayu moden yang disaingi dengan hebat oleh bahasa Inggeris. Selain itu, lazimnya kebudayaan yang maju dan kuat berjaya memaksa masyarakat lain menerima tamadun mereka.





Unsur-unsur Pinjaman
Unsur bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada bunyi, bentuk morfem dan sintaksis.

 (1) Pinjaman Bunyi

Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.



(a) Bahasa Sanskrit:

> sy - syurga
> sw - swasta


(b) Bahasa Arab:

> kh - khairat, bakhil, fasakh
> gh - ghaib, maghrib, baligh
> sy - syarikat, masygul, Quraisy
> f - fikir, fatsir, takrif
> z - zahir, azab, lafaz
> q - Quran, furqan

Selain itu, dipinjam juga bunyi dh dan th, tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu, masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja.

  • dh - dharab (darab), fardhu (fardu)
  • th - Thalatha (Selasa), Ithnin (Isnin), hadith (hadis)

(c) Bahasa Inggeris:


> f - filem, fokus
> v - vokal, variasi , novel, levi
> sy - syif
> z - zoo, zink


Semua bunyi pinjaman tersebut terdapat dalam perkataan daripada bahasa tersebut.

(2) Pinjaman Kata Dasar

(a) Bahasa Sanskrit


Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Za’ba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14 bidang.



(i) Tubuh manusia

anggota , bahu , kepala , lidah , nadi , nama , roma, rupa , sendi


(ii) Waktu


bila , dewasa , dinihari , hari , kala , kali , ketika , masa , purnama , pertama , sedia , sedia kala, senja , senja kala , sentiasa , tadi , tatkala




(iii) Barang dagangan dan perniagaan


angka , arang gula , bahara , benda , cendana , gaharu , guni , harga , harta , juta , kapas , kapur barus , kasturi , laba , laksa , lawang , neraca , pala , sutera




(iv) Barang-barang leburan dan batu-batu


baiduri , delima , emas , geliga , gemala , kaca , kencana , maknikam , mestika , mutia , mutiara , nilam . pancalogam , permata , raksa , suasa , tembaga , timah

(v) Nama barang dan perkakas


bangsi , catur , cerana , genta , gergaji , jala , jentera , judi , kecapi , kendi , keranda , kunci , manik , panca-persada , pancaragam , peterakna , peti , tenggala


(vi) Pergaulan dan persaudaraan


ayah , bangsa , baya , belia , dara , isteri , keluangsa , keluarga , muda , pangkat , remaja , saudara , sila , suami , tabik , teruna , tua

 
(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan


angkasa , bima sakti , buana , cahaya , cakerawala , daksina , gelita , gema , gempa , gerhana , kertika , mega , nusantara , pancalima , pernama , rahu , udara , utara

(viii) Binatang


biri-biri , cenderawasih , cerpelai , cintamani , gagak , gajah , gembala , geroda , harimau , jentayu , kala , kuda , merak , mergastua , merpati , naga , rajawali , sawa , serigala , singa , unta




(ix) Tumbuh-tumbuhan


angsana , bedara , beringin , bunga , cempaka , cendana , delima , gandamala , gandapura , gandarusa , jambu , jati , kemboja , kenanga , kesumba , labu , lenggundi , lontar , mangga , melaka , melati , melur , mempelam , nagasari , petola , puspa sari , seroja , teratai


(x) Perasaan dan keadaan


asa , asmara , bahagia , bencana , berahi , bodoh , budi , budiman , cela , celaka , cerca , cinta , durjana , derma , dermawan , dosa , duka , dukacita , dusta , loba , malas , murka , nestapa , pahala , pandai , papa , sangka , segera , seloka , sengsara , setia , setiawan , suci , suka , sukacita




(xi) Senjata dan peperangan


bahaya , bala , bala tentera , cedera , gempita , hulubalang , jaya , kendera , keris , kota , panah , panglima , perkasa , senjata , seteru

(xii) Kebesaran


adiraja , anugerah , baginda , bendahara , bentara , beti , biduanda , duli , gahara , hulubalang , istana , kurnia , laksamana , maha , maharaja , maharani , mahkota , menteri , mulia , paduka , pegawai , pendeta , penggawa , raja , perdana menteri , permaisuri , perwira , putera , puteri , sida-sida , singgahsana , upacara




(xiii) Pemerintahan


acara , angkara , aniaya , bahagi , balai , bangsa , bicara , denda , desa , dosa , gelora , kuasa , merdeka , negeri , penjara , periksa . perkara , pesaka , sahaya , saksi , segara , seksa , ufti

(xiv) Agama dan pengetahuan


agama , badi , bahasa , bakti , betara , bidadari , biduan , bijaksana , Bisnu , boga , bota , bujangga , bukti , cendera , dewa , dewata , dewi , dupa , gergasi , guru , hantu , Hanuman , indera , jelma , jiwa , mantera , neraka , permai , petala , puasa , puja , pujangga , puji , raksasa , rencana , sakti , sangkakala , sastera , sasterawan , sempena , syurga , tapa






Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa elit India mula dipinjam ketika itu, kerana:




(i) bahasa Melayu terlalu baharu, menyebabkan timbul masalah kekurangan perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyatakan makna bagi sesuatu ilmu atau budaya yang belum dikuasai oleh masyarakat Melayu,

(ii) tanggapan bahawa bahasa Sanskrit berwibawa dan berprestij tinggi.


(b) Bahasa Tamil



apam , auta , bedil , candi , cemeti , cerpu , cerutu , gerudi , gurindam , jodoh , keldai , kalekati , kapal , kari , katil , kawal , kedai , ketumbar , kodi , kolam , kuli , ladam , lebai , logam , mahligai , malai , mempelam , modal , nira , paceri , paria , perli , peti , pili , pondan , putu , ragam , ranggi , sami , santeri , tambi , tandil , tirai , taulan

(c) Bahasa Hindustani



Perkataan yang dipinjam daripada bahasa ini banyak juga merupakan perkataan yang asalnya daripada bahasa lain yang pernah dipinjam oleh bahasa Hindustani. Oleh itu, terjadilah “pinjam atas pinjam”.

acar , agar , aria , baldi , banglo , barua , basi , bendahari , biti , boria , boya , cap , capal , coli , cuka , cukai , curi , cuti , dal , dian , dobi , gabra , gala-gala , ganda , ganja , gari , gudang , guni , gusar , jamin , jenaka , kanji , kapas , kaskas , kerani , ketur , kubis , kunci , kurma , lucah , madat , neraca , rebana , roti , rupiah , seterika , suji , sundal , topi




(d) Bahasa-bahasa Sumatera

cegah , dekak-dekak , gadis , gedang , kemanakan , kemanga , landai , malahan , ragu , rapi , semenda , tambu , teliti , teromba , teuku (tengku)


(e) Bahasa Jawa dan Sunda


agus , aji , alun-alun , ancam , andai , anggap , ayu , babad , bagus , bajik , batik , beres , bibit , buntu , cerdas , dingin , dokoh , embok , enak , enteng , galuh , gamelan , gerobok , gusti , intip , inu , jaguh , jelik , jeragan , kejam , keraton , kesal , ketara , kodok , kuping , lahar , lakon , lamun , lanang , leluasa , lucu , luntur , lurah , mendung , menginap , mesti , nona , nyaman , obor , oleh-oleh , omong , pamer , pecal , penting , ratu , rogol , ronggeng , saban , saringan , senohong , sepi , sering , sore , sumsum , sumur , tamu , tindak , tulen , urus , walang , waras , warung , wayang.


(f) Bahasa Bugis dan Borneo

Abang , Beladau , daeng , mengayau , pengeran , sulitawang , sundang , tembadau



(g) Bahasa Arab


Pinjaman daripada bahasa Arab lebih banyak jumlahnya berbanding dengan pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Kebanyakannya disesuaikan mengikut sebutan Melayu, dan sesetengahnya sudah sebati sehingga tidak disangka berasal daripada bahasa Arab. Pinjaman melibatkan pelbagai bidang.


(i) Agama


ajal , akaid , akil , Allah Taala , amal , anbia , arasy , aulia , baligh , batal , bilal , dajal , doa , fardu , fikah , fitrah , haid , haji , hakikat , halal , haram , hidayat , ibadat , iktikad , imam , iman , jin , junub , kadi , kiblat , kufur , Loh Mahfuz , makmum , makrifat , makruh , maksiat , malaikat , masjid , mikraj , murtad , mustakmal , nabi , najis , nifas , qada , Quran , rahmat , rasul , rukuk , rukun , sah , sujud , syahadat , syaitan , syarat , syariah , syariat , taat , tahlil , takdir , umrah , wali , wuduk , zakat , zikir




(ii) Ilmu


ahad , ahli , ahmak , alim , arif , ayat , bab , baki , dakwat , darab , falak , falsafah , fasal , fatwa , hadis , hafaz , hakim , hikayat , hikmat , hisab , hukum , huruf , ibarat , iklim , ilmu , Isnin , jahil , jawab , jumlah , kaedah , kalam , kamus , kasidah , kertas , khabar , khasiat , khat , khatam , kisah , kitab , loghat , madrasah , majalah , maklum , maktab , maktub , misal , mufti , nahu , nujum , petua , Ramadan , riwayat , saat , saraf , sejarah , siasat , sihir , soal , surat , Syaaban , syair , syarah , syeikh , tabib , tafsir , takbir , takwim , tamsil , tarikh , tawarikh , ulama , usul , waktu , zaman.



(iii) Fikiran dan perasaan


aib , ajaib , akal , akhir , am , aman , asyik , awal , bahas , dahsyat , faham , fikir , hairan , hajat , hawa , hebat , ijtihad , ikhlas , ikhtilaf , iktibar , ilham , insaf , izin , kabul , kalbu , khas , khuatir , khusus , khutbah , laknat , makna , maksud , masyghul , muhibah , mustahil , musykil , nafsu , nasib , nasihat , niat , syak , syok , tadbir , takjub , umum , waham , yakin , yakni




(iv) Hukuman dan peraturan

adil , amir , baitulmal , daerah , daftar , dakwa , had , hakim , hukum , kadi , khalifah , mahkamah , makam , mansuh , mukim , rakyat , sultan , tabal , takluk , tertib , uzur , wajib , wakaf , wakil , wali , wazir , wilayah , zalim



(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan


akhirat , alam , dunia , haiwan , halwa , insan , jati , jubah , kawat , kopiah , kuat , kubah , layak , lazat , loh , nahas , nur , roh , sahur , salji , sifat , syarbat , taun , wabak , wajah , wujud



(vi) Adat dan pergaulan manusia


adat , afiat , akad , awam , azimat , bahlul , batin , darjat . darurat , faedah , fitnah , ghaib , ghalib , hadir , hadiah , hormat , ijazah , istiadat , jahil , jenazah , jimak , kafilah , karib , kaum , kerabat , khadam , khalwat , khilaf , khunsa , kubur , lazim , majnun , makmur , manfaat , marhum , martabat , maruah , masyhur , maulud , maut , mastautin , mesyuarat , mudarat , muhrim , musafir , musibat , nafkah , nasab , nazar , nazir , nikah , nisbah , redha , rezeki , sanduk , sedekah , sihat , siti , syahwat , syarifah , syarikat , syukur , tahniah , taksir , takziah , takzim , umat , waris , watan , ziarah , ziarah




(h) Bahasa Farsi


andam , badam , bahari , baju , bandar , bedebah , beriani , biaperi , bina , bius , cogan , cokmar , darwis , destar , dumba , firdaus , firman , gandum , geram , gusti , honar , istana , jam , johan , juadah , kahwin , kapur , kesmis , laksa , lasykar , lawak , lazuardi , medan , nafiri , nakhoda , nesan , nobat , pasar , pelana , perca , peri , Peringgi , pesona , piala , pinggan , reja , rubah , sal , saudagar , serban , seluar , sudah , syah , takhta , taman , teraju , zadah




(i) Bahasa Cina


Hampir semua pinjaman daripada bahasa Cina daripada bahasa Hokkien, iaitu kaum yang mula-mula datang ke Tanah Melayu dan bergaul dengan orang-orang Melayu di kampung dan di tepi laut.

(i) Makanan dan buah-buah


angki (pisang kaki) , bakmi , bepang , bihun (mihun) , cincau , kuaci , kucai , kuih , lai , laici , mi , samsu , tauhu , tauge , teh , tokyu




(ii) Pakaian dan barang-barang dagangan


bak (dakwat) , candu , cat , ci (1/10 tahil) , cukin , gincu , hun (1 inci Cina) , kekwa , (bunga) , koyan , koyok (ubat) , tahil , tocang




(iii) Rumah dan perkakasnya


bangsal , beca , boh (batu) , cawan , dacing , jong , kincir , lanca , langkan , loceng , loteng , pangkin , pungkis , sampan , sia (bakul bertingkat) , sipua (alat mengira) , tanglung , tangsi (tali halus) , teko , tongkang , toya (kayu panjang)




(iv) Manusia dan hal ehwalnya


ampau , apek , banci (hitung) , cempiang , centeng , cuak , gua (saya) , kampuh (tutup dengan kain) , kongsi , kuntau , lancau , lancong , lu (engkau) , nyonya , ponteng , samseng , sue (malang) , tauke , tekong , toa pekong , tokong , tongsan




(v) Permainan


capjiki , ceki , congkak , pakau , pakbu , poh toa , cukai




(j) Bahasa Portugis


baldi , bangku , meja , baulu , baldu , beranda (kota) , bola , bomba , dadu , garpu , gereja , istinggar , jendela , kapitan , kara , kebaya , keju , kemeja , lampu , lancang , lelong , mandur , mentega , merinyu , meski , minggu , paderi , palsu , peluru , peniti , peon , perada , pipa , pita , renda , rial , roda , sekolah , selada , sepatu , sinyor , tempoh , terangkera , terongkoh , tinta , tuala , wizurai



(k) Bahasa Belanda


bor , dam , dansa , duit , engsel , geladak , kamar , kantor , koran , laci , ongkos , pelekat , pelesir , peluit , permisi , rokok , sekoci , sekopong , senapang




(l) Bahasa Inggeris


aiskrim , bank , bas , basikal , beer , beg , besen , bikin , bil , biskut , botol , brek , buku , coklat , diploma , doktor , drebar , ekar , elaun , elektrik , enjin , epal , gabenor , gear , gelas , eran , glob , gol , inspektor , jel , jem , kapten , kek , kelab , kelas , kelindan , kenari , kolej , koman , kompas , kompeni , kopi , kopral , kot (baju) , kuinin , lesen , lokap , loket , lori , majistret , malaria , mancis , mem , mesin , misi , motobot , motokar , muzik , nat , nombor , not , notis , opera , paip , pam , pas , paun , pencen , pensel , piano , pil , pin , pistol , poket , polis , rekod , rel , residen , resit , saman , sarjan , sarkas , skru , selipar , setem , simen , sepana , standard , stereng , stesen , stoking , sup , tayar , telefon , telegraf , tenis , tiket , tin , tiub , trompet , wap , wisel




(m) Bahasa Siam

kop (mata wang Siam) , makyung , menora , wat , perai (sj. kain sutera hitam) , samsam , senarai

(3) Pinjaman Imbuhan
Tekanan yang kuat untuk menerima unsur asing datang daripada kemajuan sains dan teknologi. Ini memaksa bahasa Melayu mengambil imbuhan asing. Pada masa dahulu, yang dipinjam hanyalah imbuhan daripada bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab, tetapi kegunaannya terhad. Bermula 1960-an, peminjaman dilakukan dengan terancang.

Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama.

(a) Imbuhan Bahasa Sanskrit

(i) Awalan

> dwi- (“dua”) : dwibahasa; dwifungsi; dwiguna; dwilambang

> eka- (“satu”) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku; ekawarna

> maha- (“agung”, “besar”, “tinggi”) : mahaguru; maharani; mahasiswa; mahasiswi

> panca- (“lima”, “bermacam-macam”) : pancabentuk; pancalogam; pancasuara; pancawarna
> pasca- (“selepas”) : pascamerdeka; pascaperang; pascasiswazah

> tuna- (“tidak mempunyai”) : tunabudaya; tunasusila; tunabusana

> pra-(“sebelum”) : prakata; pramoden; prasangka; prauniversiti






(ii) Akhiran

> -man : budiman; seniman;
> -wan (“memiliki sesuatu”; “ahli”) : cendekiawan; hartawan; usahawan
> -wati (merujuk feminin) : peniagawati; seniwati

 
(b) Imbuhan Bahasa Jawa

Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif. Yang selalu digunakan hanyalah berupa awalan.


(i) Awalan

> tata- (“peraturan”) : tatabahasa; tatacara; tatasusila; tatatertib

 
(c) Imbuhan Bahasa Arab




Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan hanya berbentuk akhiran.


(i) Akhiran


> -ah (merujuk perempuan) : sultanah; ustazah; siswazah
> -at (merujuk perempuan) : hadirat; muslimat
> -iah ("bersifat") : ilmiah; rohaniah; wataniah
> -in (merujuk lelaki) : hadirin; muslimin
> -wi (“bersifat”) : duniawi; manusiawi

 (d) Imbuhan Bahasa Inggeris



Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu meliputi awalan dan akhiran.




(i) Awalan



> anti- (“melawan”, “menentang”) : anti-Amerika; antibiotik; antihadis; antipoligami
> pan- (“seluruh”; “genap”) : pan-Afrika; pan-Amerika; pan-Asia
> pro- (“menyokong”) : pro-Amerika; prodemokrasi; pro-Russia
> sub- (“pecahan”; “bawahan”) : subgolongan; subjenis; subkontraktor
> supra- (“atasan”; “tinggi”) : suprakebangsaan; supranasional; suprasegmental
> ultra- (“keterlaluan”; “terlampau”) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu




2. Akhiran


> -is (“ahli”) : artis; cerpenis; kartunis; novelis; sosialis
> -isme (“fahaman”, “ideologi”) : komunisme; nasionalisme; sosialisme




(4) Pinjaman Tatabahasa (Nahu) Asing

Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.

Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ialah dan adalah daripada bahasa Inggeris, iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu, tetapi diterima sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri semenjak 1934 kerana pernah dihuraikan oleh Za’ba melalui bukunya, Ilmu Mengarang Melayu.


> Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)


> Ali penoreh getah.


Bentuk ialah dan adalah tiada dalam bahasa Melayu klasik.



(5) Pinjaman Bentuk Majmuk


Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan melengkapkan istilah.


> bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau (green book) ; bulan madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ; gajah putih (white elephant) ; kepala surat (letter head) ; nota kaki (footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold war).





(6) Kesan-kesan Pinjaman


Pinjaman unsur daripada bahasa asing membawa dua kesan utama, iaitu memberikan faedah, dan sebaliknya.

Kebaikan peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak diperkatakan. Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain.

Sebaliknya, Za’ba beranggapan bahawa menggunakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh pembaca. Kemungkinan besar terjadinya pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.




8 ulasan:

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Sdr. Fakeh,

Artikel "Bangsa Melayu Mengikt Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah" menarik dan berkaitan dengan tajuk. Terima kasih.

Namun demikian, beberapa artikel lain dalam senarai anda terkeluar daripada aspek perbincangan.

AMISHA berkata...

Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

Unknown berkata...

Kami mempunyai Pinjaman Pemberi Pinjaman swasta yang bersertifikat di negeri bersatu, kami menawarkan pinjaman yang dijamin dan tidak bercagar kepada individu, firma dan badan korporat. Kami juga menawarkan semua jenis Pinjaman. Hubungi kami hari ini Terapkan Sekarang Melalui E-mel: capitalsourcefinancellny@gmail.com

Lestari Abyasa @ Alhamdulillah, saya mendapat pinjaman Medis dan Bisnis dari pemberi pinjaman ibu RIKA ANDERSON yang jujur berkata...

PERUSAHAAN PINJAMAN RIKA ANDERSON
email: rikaandersonloancompany@gmail.com
Whatsapp +19147057484

KESAKSIAN: Abyasa Lestari
BCA: 7683724750
Indonesia.
Saya adalah saksi sejati perusahaan pinjaman Ms. Rika.

nama saya Mrs. Lestari Abyasa dari Balikpapan di Indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk mendidik semua orang yang mencari pinjaman untuk berhati-hati karena ada kreditor palsu. Beberapa bulan yang lalu, saya menderita kerugian finansial, dan saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari Manusia di Singapura dan saya ditipu.

Saya hampir kehilangan harapan sampai saya menemukan seseorang yang membagikan kesaksian pemberi pinjaman online bernama Ms. Rika Anderson, dari RIKA ANDERSON LOAN COMPANY yang meminjamkan 100 juta pinjaman tanpa jaminan dan suku bunga terjangkau beberapa hari yang lalu.

Setelah pinjaman saya ditransfer ke rekening bank BCA saya, saya terkejut melihat saldo akun saya dan menemukan jumlah yang saya kirimkan dikirim langsung ke akun saya oleh ibu Rika Anderson tanpa penundaan. Dan saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

Jadi jika Anda perlu meminjam pinjaman, hubungi Mrs. Rika Anderson melalui email: rikaandersonloancompany@gmail.com, w / s +19147057484 Dan Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: lestariabyasan@gmail.com. Tolong saya ingin Anda menggunakan informasi ini dan bebas dari kesulitan keuangan Anda.

Yanti Ari berkata...

Nama saya Ny. Yanti Ari. Saya pemilik bisnis yang menjual kosmetik. Untuk beberapa saat, saya telah mencari pemberi pinjaman Pinjaman yang dapat saya pinjam untuk mengembangkan bisnis saya dan juga menciptakan lapangan kerja bagi orang lain. Pengalaman pertama saya dengan pemberi pinjaman internet begitu buruk dan saya kehilangan jumlah 28 juta karena saya mengajukan permohonan sebesar 600 juta untuk meningkatkan bisnis saya. Setelah pengalaman saya, saya berjanji pada diri sendiri bahwa saya tidak akan pernah meminjam dari internet karena saya ditipu.

jadi, suatu hari yang setia saya membaca artikel di blog dan setelah saya selesai membaca, saya pergi untuk memeriksa bagian komentar untuk mengetahui pendapat mereka. Saya melihat komentar oleh '' Dian Pelangi "perancang busana terkenal dan dia berbagi cerita tentang bagaimana dia meminjam pinjaman besar dari perusahaan tempat Ibu Ana Michael bekerja.

Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi Dian Pelangi perancang busana terkenal dan saya menceritakan kisah saya tentang bagaimana saya kehilangan 28 juta dari pemberi pinjaman buruk padanya. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana dia mengatakan kepada saya bahwa semua pencarian saya untuk pemberi pinjaman yang andal sudah berakhir. dia mengirimi saya nomor teleponnya dan saya memanggilnya untuk memastikan karena saya tidak ingin kehilangan uang lagi. dia berbicara kepada saya dan berkata saya harus menghubungi perincian perusahaan tempat Nyonya Ana Michael bekerja dan saya akan menerima pinjaman saya tanpa penundaan dan saya harus mencoba membagikan kabar baik saya agar orang lain selamat dari pemberi pinjaman yang buruk.

Jadi saya menghubungi Ny. Ana Michael melalui email: (ANAMICHAELGUARANTYTRUSTLOANS@GMAIL.COM)
Ini adalah email Dian Pelangi: (DIANPELANGIINDONESIA@GMAIL.COM) yang saya hubungi.
Setelah saya menghubungi perusahaan pinjaman, saya diminta untuk menyerahkan semua yang diminta dari saya sebagai peminjam dan setelah beberapa saat, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya menerima pinjaman saya tanpa penundaan atau segala bentuk tekanan.
jadi, saya menambahkan informasi pribadi saya untuk siapa saja yang mencari pemberi pinjaman yang dapat dipercaya untuk menghubungi saya dan saya siap untuk membantu Anda karena saya ingin orang lain diselamatkan dari pemberi pinjaman yang buruk.

Nama: Yanti Ari
Nomor telepon saya: +62 821-1644-0184
Nomor Whatsapp: +62 821-1644-0184
Kota: Medan
Email saya: ARIY6261@GMAIL.COM

Saya berdoa semoga Allah memberi orang-orang yang membutuhkan pinjaman untuk melihat kisah saya ini sehingga mereka dapat diselamatkan saat saya diselamatkan. Saya selalu siap memberikan bantuan kepada siapa pun yang membutuhkannya, jadi jangan ragu untuk menghubungi saya kapan saja karena saya tidak membuat orang-orang saya jatuh ke tangan pencuri !!!

Tanpa Nama berkata...

Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
,
Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

Nur haura afeeya berkata...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

Tanpa Nama berkata...

KEYATAAN KAMU SILAP DAN RACIST MENGATAKAN BAHASA TAMIL ADALAH BAHASA GOLONGAN BAWAHAN DARI INDIA SELATAN! SUNGUH RACIST DAN BODOH KAMU KERANA BAHASA TAMIL TERAWAL & KLASIK DI DUNIA ..KAMU PINJAM BAHASA TAMIL DAN TAK MALU !

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.